Sabtu, 16 Mei 2009

Jakarta- Kota yang tak pernah tidur

Jakarta-Saya terpesona di sebalik hiruk-pikuk kota ini.Melihatkan pelbagai ragam manusia yang tak kenal erti jemu dan penat dalam mencari sesuap nasi,saya dapat rasakan keinsafan dalam diri saya.Lensa kamera saya tak mampu merakam apa-apa gambar kehidupan manusia.Takut!Sebenarnya Jakarta adalah kota luar negara yg pertama saya jejaki sebelum saya ke Ho Chi Minh City dan Istanbul.Selain Jakarta, saya juga senang sekali ke Bandung.Mungkin kerana ingin lari dari kekalutan kota,saya memilih Bandung sebagai lokasi istirehat saya selama di Indonesia.

Tak banyak yang boleh saya kongsi mengenai Jakarta,kerana trip saya hanya 3 hari.Pemergian saya dan rakan pun tidak dirancang teliti,saya hanya 'walk-in' sahaja tanpa mengetahui hari minggu memang 'macet' dan hotel memang 'fully booked'.Setelah puas berjalan mencari hotel di sekitar Mangga Dua dan bertanya pada 'neng-neng' yg kami temui,dapatlah jugak hotel di Jalan Gunung Sahari dgn kadar Rp 325.000 (lebih kurang RM 118 semalam) utk bilik twin bed.Mujur dapat!Sempat saya suarakan pada teman saya, mungkin malam itu kami terpaksa tidur di bawah jambatan sahaja!


Tiga hari di sana, kami penuhi dengan berjalan di sekitar Tanah Abang,ITC Mangga Dua dan WTC Mangga Dua,Monumen Nasional (Monas),dan pinggir-pinggir jalan yang penuh dengan gerai nasi uduk,pecel lele,bakso dan sebagainya.Teringin juga nak try,sebab aroma semacam mee goreng mamak menyengat hidung.Tapi memikirkan takut perut tak boleh terima,akhirnya makan di hotel saja :-)

Tanah Abang, sarat dengan pelbagai jualan.Telekung, langsir,cadar,pakaian,tas dan macam-macam lagi.Memang rambang mata.Makcik-makcik silakan!Kat dalam ni siap boleh sesat lagi.Jadi yg bawa anak tu, kena extra precaution sikit ye..Karang tak sedar anak tah ke mana.


Minuman rasmi kami di Jakarta dan di Bandung.Teh Botol!Rasanya agak kelat sikit.Kalau yg lagi satu Frestea ok jugak,tapi tak ingat ada perasa apa.



Monumen Nasional atau Monas.Kami keluar malam tu cari makanan Nasi Padang dan terus ke sini.Pemandangan kota Jakarta boleh ditinjau dari atas Monas, dengan kadar bayaran tertentu utk naik.


Itu je ringkasan perjalanan kami.Tak ada yang menarik, cuma pertama kali ke tempat orang;banyak pengajaran dan pengalaman yang diperolehi.Antara tips yg dapat saya kongsi:

1. Bagi yang pertama kali ke Jakarta, kena study sikit tentang hotel penginapan dan sekitar.Jakarta memang besar,terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Jakarta Pusat,Timur Barat dan Utara Selatan.

2. Untuk yang berjalan sendiri, pastikan keselamatan diri dan elakkan berjalan lewat malam.

3. Taksi Blue Bird memang famous di dalam mana-mana forum.Benar!Gunakan teksi Blue Bird,mereka guna meter dan reputasi syarikatnya adalah baik.

4. Dapatkan International Adapter utk anda 'charge' handphone atau kamera anda.

5. Jangan lupa untuk naik Bajaj di Jakarta! Selain lebih cepat berbanding teksi, kadarnya boleh ditawar.Tapi risiko atas diri sendiri,pemanduannya agak bahaya!

6. Tempah hotel anda jika anda merancang ke sana di hujung minggu.Hujung minggu agak sesak dengan mereka yg ingin berlibur di Dunia Fantasi dan pelbagai tempat hiburan lain.

7. Rancang perjalanan anda lebih awal, kerana Jakarta terkenal dengan 'macet' atau traffic jam yg teruk.Anda tentu tak mahu ketinggalan flight pulang kan?

8. Airport tax di Jakarta adalah Rp100.000 bersamaan lebih kurang RM40.

9. Untuk Muslim traveller, berhati-hati dengan restoran-restoran di sana.Untuk keselamatan anda,saya cadangkan Nasi Padang.

10. Dari Bandara Soekarno Hatta, anda boleh pilih samada ke Jakarta dengan perkhidmatan teksi di airport atau menggunakan Shuttle Bus 'Damri'. Bas ini akan ke Gambir.Di Gambir anda boleh teruskan perjalanan anda,atau anda boleh ke Bandung & kota-kota lain dengan menaiki train di Stasiun Gambir.

Saya harap info ini dapat membantu.Nanti saya akan kembali dengan topik lain pula.


Selamat Tinggal Jakarta!

Tiada ulasan: