Ahad, 17 Mei 2009

Ho Chi Minh City a.k.a Saigon

Salam Sejahtera!

Saigon atau nama barunya Ho Chi Minh City merupakan bandaraya yang terkenal dengan perusahaan pembuatan dan pelancongan.Berjalan di HCMC anda tak perlu risau,kerana tourist ada di mana-mana.Pendapatan bagi penduduk HCMC juga adalah bergantung kepada pelancong-pelancong ini,yang kebanyakan dari USA,UK dan negara Eropah yg lain.


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke HCMC mengambil masa kira-kira 2 jam dan waktu di HCMC adalah awal sejam dari Kuala Lumpur.Tan Son Nhat International Airport agak kecil tetapi saya dapati segala proses imigrasi dan prosedur lainnya agak senang dan selesa.Di sini tersedia pusat tukaran wang,mesin ATM dan cafe serta kemudahan asas yang lain.Dari Tan Son Nhat Airport ke pusat bandar District 1, HCMC mengambil masa kira-kira 30 minit; bergantung kepada keadaan trafik.Tambang teksi-(saya cadangkan Taxi Vinasun adalah kira-kira RM18 jika guna meter dan termasuk parking fee). Kalau ambil teksi yg tidak menggunakan meter, saya pernah bayar USD10 iaitu kira-kira RM36!Jika nak rasa kelainan,boleh cuba bas airport tetapi anda kena menapak ke terminal domestik yg hanya bersebelahan dengan terminal antarabangsa. Kadar tambang lebih kurang RM0.70 sahaja jika tak silap saya.Tetapi jangan bayangkan bas persiaran ye?Bas yang disediakan adalah lebih kurang bas lama tetapi dilengkapi dengan aircond yg macam biskut,'kejap ada kejap tak ada'. Tetapi ikhlas cakap,saya cukup suka dengar lagu Vietnam yang diputarkan dalam bas walau tak paham sepatah pun! Rasa macam nak beli CD lagu tu pun ada!

Disebabkan oleh 'kebanjiran' pelancong asing di HCMC, kebanyakan urusniaga adalah dalam US Dollar.Matawang Vietnam adalah Dong, dan tidak ada masalah untuk menukar matawang di sini. Kebiasaannya saya convert RM ke USD di KL dulu dan tukar sedikit USD ke Vietnam Dong semasa di sana. Pernah juga tukar RM ke Viet Dong di sini,tapi rasanya rugi banyak. Saya cadangkan tukar sahaja RM ke USD atau terus RM ke Viet Dong.

Di tengah-tengah bandaraya ini terdapat sebuah masjid kecil,berdekatan dengan Sheraton Saigon. Jadi tidak ada masalah untuk menunaikan ibadat, malah terdapat gerai kecil yang menyediakan makanan Halal di belakang masjid ini. Di hadapan Sheraton Saigon juga ada restoran kecil menyediakan makanan India Muslim seperti Murtabak,Gulai Kari,Beriyani dan sebagainya..memang tak perlu risau..ada supply:-)


Di HCMC terdapat pelbagai perniagaan pelbagai produk seperti produk sukan,tekstil berasaskan Vietnam Silk,barang-barang kraf dan sebagainya. Juga banyak butik yang menjual pakaian-pakaian muslimah seperti telekung,tudung,jubah dan baju kebaya juga banyak terdapat di sini! Tak hairan jika terserempak dengan makcik yg seorang diri menjinjit beg penuh dengan pakaian! Ada juga yang datang menempah pakaian raya di HCMC ini.Bergantung pada bajet masing2 la ye?


Jalan-jalan di HCMC memang sesak dengan motosikal. Untuk melintas jalan di HCMC pun ada caranya. Pergerakan anda ketika melintas jalan yg sesak dengan motosikal mestilah dengan konsisten,tanpa teragak-agak. Anda akan dapati motosikal-motosikal akan lalu di depan dan belakang anda!




Ini gambar di hadapan Ben Thanh Market, District 1, HCMC. Maaf saya pun tak pasti nama jalan atau nama bulatan di hadapan pasar yg terkenal ini. Berdekatan dengan bulatan ini juga terletaknya stesen bas, pada perkiraan saya mungkin untuk perkhidmatan sekitar bandaraya ini sahaja. Penulis sempat menaiki bas bersama teman Vietnam ke rumah beliau di Ngebey; yang baru sahaja siap. Menurutnya,saya orang ketiga yang dijemput ke rumah barunya!Perjalanan agak menarik, saya dapat lihat penempatan Vietnamese di sepanjang perjalanan.



Gadis Vietnam ni bisa diketemukan di dalam Ben Thanh market :-)Saya sempat membeli beberapa pasang Sutera Vietnam untuk dibawa pulang. Di dalam Ben Thanh Market ini ada pelbagai barangan yang dijual seperti kain,pakaian,kraftangan,makanan dan minuman (saya tak jamin ke'Halal'annya), Kopi(Vietnam adalah salah sebuah pengeluar kopi terbesar dunia), beg dan macam-macam lagi. Dan pasti,tak sah ke HCMC tanpa merasa kopi di cafe-cafe berdekatan. Di tepi-tepi jalan juga terdapat gerai-gerai kecil menjual cà phê sữa đá (Vietnam Iced Coffee with Milk) Klik sini dan pelbagai makanan lain.



Alamat hotel saya menginap selama di sana. Memang tak ada bintang atau bulan dsbnya.. :-)..Cuma murah dan agak selamat bagi saya. USD20 untuk satu malam. Hotel ni pun di 'book' oleh rakan saya di Vietnam, Sam. Jadi tidur saja lah, walaupun lokasi hotel di belakang lorong sekitar District 1, HCMC. Untuk ke Ben Thanh Market dari hotel ini sekitar 10 minit berjalan kaki. Jauh jugak! Sebaik sahaja keluar ke jalan dari hotel pasti ada saja abang-abang Vietnam kita yang mengamit untuk menaiki motosikalnya. Saya menolak dengan hanya tersenyum, saya selesa berjalan kaki sahaja. Menaiki motosikal mereka ini ada kadar tertentu, saya tak pernah bertanya; tak berminat. Mungkin lain kali.



Pemandangan bandaraya Ho Chi Minh City sejurus sebelum Boeing 737-400 ini melabuhkan gear pendaratannya di Tan Son Nhat Airport. Saya tinggalkan bandaraya ini selepas beberapa hari; meninggalkan kanak-kanak miskin yang menjaja tiket loteri, air mineral dan tisu serta si ibu yang keletihan mengendong anak kecil ke sana sini mencari rezeki. Kasihan!

2 ulasan:

Rush Murad berkata...

teruskan usaha untuk menulis... jangan berhenti! anda ada skill menulis, mudah difahami dan berinformasi. Saya tak sampai ke HCMC, tetapi memang bercadang ke sana dalam masa beberapa bulan lagi.. tips anda bagus...

terus menulis ya... :D

AdzmanAhmad berkata...

Terima Kasih!

Sibuk kerja dan bahagi pulak masa yg terhad dengan famili,jadi kekurangan masa untuk menulis..:)

Insya-Allah akan ditambah lagi info yg sedia ada..